[VIDEO] Berkat cium tangan abang dikata resipi Akhyar catat ‘assist’ pacu kemenangan TFC


  • Podium
  • Isnin, 22 Sep 2025

Akhyar (kiri) bersama Rafdi (kanan) sebelum Terengganu berdepan Melaka.

BENARLAH kata-kata jika mahu berjaya, berkat dan restu dari keluarga harus ada.

Tidak kira siapa pun kita, restu daripada keluarga amat penting untuk memastikan kejayaan akan sentiasa mengiringi kita sepanjang jalan.

Itulah yang dilakukan oleh pemain Terengganu FC (TFC) iaitu Akhyar Rashid yang masih mengekalkan rasa hormatnya terhadap keluarga walaupun sudah bergelar bintang.

BACA LAGI: Bintang Sabah antara 3 alternatif DPMM FC lepas gagal sambar Akhyar Rashid

BACA LAGI: Akhyar Rashid 'diburu', sasaran terkini DPMM selepas gagal ikat tonggak Sri Pahang

Dalam satu rakaman di media sosial, Akhyar yang baru saja turun daripada bas kelab semasa tiba di Stadium Bandaraya, George Town terus menuju kepada abangnya iaitu Rafdi.

Akhyar yang tiba untuk aksi Liga Super bertemu Penang FC pada 10 Ogos terus menuju kepada abangnya yang juga bekas pemain bola sepak untuk bersalam dan bertukar kucupan.

Dia juga turut dilihat bersalam bersama seorang budak lelaki dipercayai anak saudaranya.

Budi pekerti yang baik ditonjolkan Akhyar itu diiringi dengan persembahan baik olehnya apabila berjaya menghasilkan satu bantuan jaringan buat TFC.

Satu bantuan jaringannya itu berjaya memastikan TFC menang 3-0 ke atas Penang sekali gus memberikan tiga mata buat penyokong lawan.

TFC kini meraih 10 mata daripada lima perlawanan liga diharungi mereka setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram