
CUACA buruk yang melanda sekitar Lembah Klang pada petang Isnin mecetuskan detik-detik cemas baut penduduk di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Kejadian ribut petir serta angin kencang turut menyebabkan bumbung tercabut di salah sebuah pangsapuri di kawasan tersebut.
Menurut video yang tular di media sosial, kejadian tersebut berlaku di PPR Seri Cempaka, Jalan Pantai Dalam dengan rakaman itu jelas menunjukkan sebahagian daripada bumbung tercabut dan terjatuh ke bawah.
BACA LAGI: Tukar cip Mykad secara percuma bermula Selasa, elak masalah teknikal semasa guna Budi95
BACA LAGI: Petrol RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September, unit beruniform, penerima STR nikmati lebih awal
Ia turut menerbangkan barangan lain termasuk pakaian dipercayai milik penduduk PPR tersebut yang tidak sempat menyelamatkannya semasa angin kuat.
Dalam rakaman tersebut dapat dilihat beberapa batang pokok tumbang akibat bencana itu termasuk laporan yang menyatakan berlakunya kejadian pokok tumbang di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam.
Setakat ini, masih belum ada laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai kerosakan serta kecederaan orang awam berkenaan akibat insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram