Tang Jie-Ee Wei kecewakan regu no 1 dunia, selangkah jadi juara China Masters


  • Podium
  • Sabtu, 20 Sep 2025

Tang Jie-Ee Wei mara ke final China Masters. — Facebook/BAM

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan tuan rumah ranking nombor satu dunia, Feng Yanzhe-Huang Dongping untuk mara ke final China Masters.

Juara dunia itu beraksi cemerlang apabila mencatat kemenangan 22-24, 21-19, 21-17 dalam perlawanan penuh mendebarkan selama 80 minit di Shenzhen Arena, Guangdong, China Sabtu (20 September).

BACA LAGI: Muncul juara dunia, Tang Jie-Ee Wei tempah awal slot Jelajah Dunia Akhir

BACA LAGI: [VIDEO] Bercinta atau akrab macam adik-beradik? Sikap 'gentleman' Tang Jie terhadap Ee Wei buat ramai cair

Kejayaan tersebut menyaksikan Tang Jie-Ee Wei meneruskan rekod tanpa kalah mereka selepas menjuarai Kejohanan Dunia di Paris hujung bulan lalu.

Pasangan ranking nombor tiga dunia itu kini berpeluang meraih gelaran kedua tahun ini apabila berdepan beregu Thailand ranking nombor empat dunia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada aksi final Ahad (21 September). — The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram