Muncul juara dunia, Tang Jie-Ee Wei tempah awal slot Jelajah Dunia Akhir


  • Podium
  • Selasa, 02 Sep 2025

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi johan beregu campuran di Kejohanan Dunia.

KEJAYAAN meraih Kejohanan Dunia di Paris, Perancis bukan saja memberikan nikmat juara buat beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, malah slot ke Jelajah Dunia Akhir pada akhir musim.

Beregu campuran negara itu menjadi satu daripada lima juara dunia yang meraih slot automatik ke Jelajah Dunia Akhir dengan mereka adalah wakil tunggal Malaysia yang sudah mengesahkan tempat musim ini.

Selain Tang Jie-Ee Wei, Shi Yuqi (perseorangan lelaki), Akane Yamaguchi (perseorangan wanita), Kim Won-ho-Seo Seung Jae (beregu lelaki) dan Liu Sheng Tu-Tan Ning (beregu wanita) juga sudah mengesahkan tempat ke pertandingan penutup musim itu sebagai pemenang kategori masing-masing.

BACA LAGI: Coach Rexy Mainaky pesan selalu tarik nafas, jangan ‘overthinking’ — Tang Jie-Ee Wei

BACA LAGI: [VIDEO] Bercinta atau akrab macam adik-beradik? Sikap 'gentleman' Tang Jie terhadap Ee Wei buat ramai cair

Ketika ini, Tang Jie-Ee Wei menduduki tempat ketiga dalam ranking beregu campuran dan itu sepatutnya sudah menguatkan lagi posisi mereka untuk beraksi di Jejalah Dunia Akhir.

Kejohanan itu dikhaskan untuk lapan pemain terbaik dunia dalam setiap kategori dan jika Tang Jie-Ee Wei menamatkan musim di luar zon itu, mereka masih tetap layak beraksi.

Persekutan Badminton Dunia (BWF) dikatakan akan menghantar surat jemputan rasmi kepada beregu campuran negara 25 November.

Kesemua pemain dari setiap lima kategori berpeluang untuk membaiki ranking mereka sebelum pengiraan mata tamat pada November.

Jelajah Dunia Akhir akan diadakan di Hangzhou, China pada 17 hingga 21 Disember. — The Star/ADAM ZAMRI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram