
PENYERANG import Selangor FC, Chrigor Moraes menyimpan hasrat besar untuk memastikan kelabnya berjaya di peringkat Asia apabila Gergasi Merah memulakan kempen Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada Khamis.
Berdepan wakil Thailand, Bangkok United di laman sendiri, Moraes yang berada pada prestasi terbaik berharap dapat terus menjulang Selangor sekali gus memburu kejayaan di Asia.
Kata penyerang berusia 25 tahun itu, dia mahu mencipta sejarah sekali gus memberikan kegembiraan buat penyokong.
BACA LAGI: 'Coach Kino yang pilih, trust the process', Chrigor Moraes sah ke Selangor FC
BACA LAGI: [VIDEO] Makin tajam depan gawang, striker Sabah-Selangor pimpin senarai penjaring hatrik Liga Super
Moraes mahu memastikan impaknya berjaya memberikan kemenangan buat Selangor ketika mereka turun berdepan Bangkok.
"Ketika saya bersama Buriram United, saya turut menjaringkan gol dan saya ingin melakukan perkara serupa untuk membantu Selangor meraih tiga mata dalam saingan ACL2.
"Kami baru saja bermula, dan saya ingin mencipta sejarah bersama penyokong dan pasukan yang mengagumkan ini," ujar Moraes.
Setakat ini, Moraes menjadi sinar kepada isu ketumpulan penyerang import selepas dia sudah menjaringkan lapan gol untuk Gergasi Merah dalam semua pertandingan.
Sebagai perbandingan, rakan senegaranya iaitu Willian Lira masih lagi gagal menjaringkan gol buat Selangor.
Walaupun tajam di depan gol terutamanya selepas menghasilkan hatrik bertemu Malaysian Universities dalam aksi Piala FA pada Sabtu lalu, Moraes tidak mahu dirinya terbawa-bawa dengan situasi tersebut.
Sebagai rekod, itu adalah hatrik keduanya musim ini selepas melakukannya ketika bertemu Terengganu FC dalam Liga Super.
"Saya datang ke sini untuk mencipta sejarah dan membantu kelab meraih kejayaan, tapi tanpa rakan sepasukan, saya tidak mampu untuk menjaringkan gol. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua.
"Ia adalah hatrik kedua saya bersama Selangor. Saya gembira dengannya dan ia memberikan saya lebih keyakinan," komennya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram