
MUNGKIN bukan sekarang, tapi di masa akan datang kita dapat melihat skuad Harimau Malaya akan menentang juara dunia dua kali iaitu Uruguay.
Diplomat Uruguay ke Malaysia, Mariela Machado berkata, keputusan negaranya untuk beraksi di Malaysia adalah sebagai permulaan kepada potensi untuk Harimau Malaya bertemu gergasi Amerika Selatan itu.
Sebaliknya, Uruguay akan berdepan Uzbekistan dan Republik Dominika semasa mereka singgah ke Malaysia.
BACA LAGI: ‘Harimau Malaya sibuk’, ada misi lebih penting punca Malaysia tidak diuji Uruguay
BACA LAGI: Penang berdepan misi mustahil, nasib Wan Rohaimi 'di hujung tanduk'
Mariela Machado
"Baru-baru ini, saya ada bercakap dengan beberapa rakyat Malaysia dan bertanya adakah mereka tahu mengenai Uruguay? Mereka menjawab dengan menamakan bintang bola sepak kami seperti Luis Suarez, Edinson Cavani dan Darwin Nunez.
"Bagi saya, apabila mendapat jawapan sebegitu, ia adalah peluang untuk saya dan rakyat Malaysia meraikan ketibaan skuad Uruguay. Saya sedar adanya pertanyaan kenapa Uruguay tak lawan Malaysia?
“Ia adalah satu permulaan untuk Uruguay untuk membina jambatan antara kami dengan Malaysia, langkah seterusnya adalah mesti bermain dengan skuad kebangsaan Malaysia jika ada peluang,” katanya kepada media pada Jumaat.
Uruguay akan bertandang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada acara Stars of Uruguay dengan dua perlawanan akan diadakan di Kuala Lumpur dan Melaka.
Aksi bertemu Republik Dominika akan diadakan pada 10 Oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum mereka menentang Uzbekistan tiga hari kemudian di Stadium Hang Jebat, Melaka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram