Kebetulan atau tidak, penyerang 'berkepala' botak sering bawa tuah buat JDT


  • Podium
  • Sabtu, 13 Sep 2025

Luciano Figueroa (kiri) dan Joao Figueiredo (kanan) antara penyerang berkepala botak yang cemerlang bersama JDT.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import berkualiti tinggi dengan salah satu ciri menjadi sinonim dalam kalangan pemain mereka.

Ciri tersebut adalah seorang penyerang dan berkepala botak, lazimnya kombinasi tersebut membawa kejayaan buat mereka.

Bila mana JDT ada penyerang berkepala botak, selalunya mereka akan bertuah kerana gol yang banyak akan tiba.

BACA LAGI: [VIDEO] Debut Ager Aketxe imbas kembali 'magis' Cabrera bersama JDT

BACA LAGI: [VIDEO] JDT ulangi momen 'umum' lepas 'transfer window' ditutup, masih ingat kisah Junior Eldstal?

Luciano Figueroa

Pemain yang meraih status legenda di JDT tersebut merupakan perintis kepada legasi penyerang berkepala botak yang cemerlang buat Harimau Selatan.

Figueroa merupakan salah seorang pemain import terawal JDT dan impaknya akan sentiasa diingati kerana berjaya membantu kelab itu meraih gelaran Asia pada 2015.

Figueroa adalah pemain import terawal JDT.

Bersama JDT, Figueroa berjaya meraih tiga gelaran Liga Super serta memenangi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) semasa ia masih dikenali sebagai Piala AFC.

Pemain kelahiran Argentina itu merupakan antara pemain import paling berjaya dan popular dalam kalangan penyokong JDT.

Joao Figueiredo

Dia mungkin masih lagi baharu bersama JDT, namun impak yang diberikan oleh Figuiredo cukup menggembirakan penyokong.

Pemain warisan Malaysia kelahiran Brazil itu sudah pun menjaringkan enam gol untuk JDT dalam kesemua pertandingan termasuklah tugasan liga dan aksi peringkat Asia Tenggara.

Figueiredo merupakan penyerang warisan Malaysia.

Bersama skuad kebangsaan, Figuerido sudah pun menghasilkan tiga gol dengan ia terhasil dalam kesemua tiga penampilannya bersama negara.

Perjalanan masih panjang untuk Figueiredo dengan penyokong JDT pastinya tidak sabar melihat aksinya selepas ini.

Bergson da Silva

Satu nama yang sememangnya popular dalam kalangan penyokong JDT pastinya adalah Bergson.

Merupakan mesin gol untuk bermusim lamanya, Bergson sentiasa memastikan namanya berada di kelompok atasan penjaring terbanyak Liga Super.

Bergson adalah mesin gol JDT.

Bersama JDT, Bergson sudah menghasilkan 151 gol dan 31 bantuan gol dalam 148 penampilan dan itu memudahkannya untuk meraih status legenda Harimau Selatan.

Dia mungkin tidaklah berkepala botak yang sebenar seperti Figueroa dan Figueiredo namun penampilannya hampir serupa dengan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram