
PERTELINGKAHAN berkaitan isu harta keluarga dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas maut ditikam oleh anak kandungnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, suspek dipercayai bertindak demikian kerana perselisihan berhubung harta keluarga.
BACA LAGI: ‘Kau tak kenal siapa aku’, ibu kecewa kesihatan anak makin merosot dibelasah senior
BACA LAGI: Zara dituduh curi RM300 sehari sebelum ditemui tidak sedarkan diri — Saksi
"Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penganggur tidak berpuas hati mengenai isu harta sehingga bertindak menikam mangsa.
"Pemeriksaan mendapati mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala akibat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas maut ditikam anak kandungnya di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid.
Ridzuan berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 3.01 pagi.
Beliau berkata, mangsa berusia 62 tahun ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu kediamannya dengan kesan tikaman sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.
Menurutnya, anak lelaki mangsa berusia 24 tahun kemudiannya diberkas dan direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram