Terhincut-hincut ketika rubber set, Zii Jia terpaksa tarik diri Masters China


  • Podium
  • Rabu, 17 Sep 2025

Zii Jia terpaksa melupakan Masters China selepas mengalami kecederaan.

PERJALANAN pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia untuk memburu kejuaraan terganggu lagi selepas langkahnya di Masters China terhenti pada Rabu.

Ketika bertemu wakil dari Chinese Taipiei, Lin Chun Yi di pusingan pertama, Zii Jia yang bermula baik pada set pertama berjaya menang 21-17 sebelum tumpas 21-23 pada set kedua.

Set ketiga menyaksikan kecederaan menganggu persembahan Zii Jia yang terhincut-hincut ketika ketinggalan 6-14 sekali gus terpaksa menarik diri dari perlawanan lalu tersingkir.

BACA LAGI: Bekas mentor Lee Zii Jia kritikal, nahas babit 2 motosikal di Sydney

BACA LAGI: Zii Jia buat ‘comeback’ dengan langkah kiri

Buat masa sekarang, pihak Zii Jia belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kecederaan dialaminya dan berapa lama dia perlu berehat untuk mendapatkan rawatan.

Jika kecederaannya serius, ia mungkin akan menganggu perjalanan musimnya yang sudah pun berliku.

Zii Jia memulakan musim 2025 di Kejohanan Dunia sebelum beraksi di Terbuka Hong Kong yang menyaksikan dia tumpas di kedua-dua kejohanan pada pusingan pertama.

Masters China merupakan pertandingan ketiga disertainya pada tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram