
SETIAP kali adanya ekspedisi atau pengembaraan dilakukan, semangat kerjasama amat diperlukan bagi memastikan ia berjalan sempurna.
Tanpa kerjasama daripada semua peserta, ekspedisi tidak dapat dilaksana dengan baik dan dilengkapkan dengan sempurna.
Setiap ekspedisi baik mendaki gunung atau konvoi berkenderaan, pasti akan ada rintangan yang melanda sekali gus memerlukan semua yang terlibat menghulurkan bantuan.
BACA LAGI: Selain bantuan RM600 sebulan, ada 2 lagi inisiatif bantu warga emas, masih ramai tak tahu
BACA LAGI: Ibu Allahyarham Zara Qairina tolak bedah siasat walau sudah diberi penjelasan — Doktor
Begitu juga dengan kejadian yang berlaku ketika sebuah ekspedisi melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di Batang Kali, Selangor.
Mengikut perkongsian malaysian4wheelers di Threads, geng 4x4 menunjukkan semangat kerjasama tinggi dalam membantu salah seorang peserta yang mengalami kesukaran semasa dalam ekspedisi.
Mereka saling membantu memastikan salah satu kenderaan 4x4 itu terselamat selepas dihanyutkan oleh arus deras akibat kejadian kepala air yang terjadi semasa ekspedisi dilakukan.
"Kejadian kepala air di Batang Kali baru-baru ini. Rakan-rakan hadir membantu untuk membawa sebuah jentera keluar selepas dihanyutkan arus deras.
"ALHAMDULILLAH berjaya, terima kasih untuk semua yang berusaha. Semangat 4 Wheelers memang padu," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram