[VIDEO] ‘Daripada ALLAH kita datang’, lelaki Kristian Britain jelaskan maksud ayat pada van jenazah, elak salah faham


  • Mukmin
  • Rabu, 17 Sep 2025

Dobara menerangkan maksud tulisan yang tertera pada van jenazah.

VAN jenazah berfungsi untuk membawa mereka yang sudah tiada ke kawasan perkuburan, dan lazimnya di van tersebut akan tertera satu ayat.

Ayat tersebut merupakan petikan dari Surah Al-Baqarah, ayat ke-156 yang menerang mengenai bagaimana kehidupan kita bermula dari ALLAH dan kembali kepada ALLAH.

Ayat tersebut adalah, "Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali."

BACA LAGI: Anak muda depresi bukan tanda lemah, isyarat terlalu lama ‘berjuang', amal zikir, solat tahajud

BACA LAGI: Jangan tertipu dakyah ‘healing’ menyimpang, Islam sudah cukup sempurna tenangkan jiwa yang galau

 

 

Ayat itu menarik perhatian seorang penerbit filem British iaitu Charles Dobara, yang begitu kagum melihatnya pada sebuah van jenazah dipercayai di England.

Dobara yang merupakan penganut agama Kristian, berjaya menerangkan secara jelas dan ringkas mengenai ayat tersebut walaupun dia bukannya seorang Muslim.

Penerangannya itu sedikit sebanyak dapat membantu warga tempatan yang berasa tidak selesa setiap kali ternampak van jenazah di jalanan.

"Saya baru saja ternampak van ini, dan menjadi orang Inggeris serta bukan Islam, saya tahu ramai yang risau apabila terlihat tulisan Islamik (jawi) yang besar berlatarbelakangkan warna hitam pada van.

"Oleh itu saya lakukan video ringkas ini supaya anda tidak risau, biar saya terangkan," ujar Dobara.

Penjelasan Dobara itu nyata memberikan kefahaman buat mereka sekali gus membantu untuk mengurangkan rasa gerun warga Britain terhadap masyarakat Muslim di sana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram