
KEPULANGAN semula Lee Zii Jia ke gelanggang badminton berakhir dengan kekecewaan selepas kalah kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin 17-21, 11-21 pada pusingan pertama Kejohanan Dunia.
Beraksi di Paris, Perancis, Zii Jia kembali selepas berehat selama lima bulan dengan memasang harapan untuk meninggalkan impak positif kepada penampilan pertamanya pada musim 2025.
Namun begitu, faktor sudah lama tidak beraksi banyak mempengaruhi persembahannya dengan dia dilihat sukar untuk mencabar Hyeok-jin.
BACA LAGI: Zii Jia akhirnya jelaskan misteri hantaran penuh tanda tanya disebabkan kemurungan
BACA LAGI: [VIDEO] Pamer skil pukulan smash, Zii Jia beri isyarat bersedia hadapi Kejohanan Dunia di Paris
Set pertama menyaksikan Zii Jia memberikan tentangan sengit walaupun terpaksa akur kalah 17-21 kepada lawannya.
Memasuki set kedua, Hyeok-jeon mula menunjukkan penguasaan, ditambah dengan beberapa kesilapan dilakukan oleh Zii Jia.
Zii Jia hampir untuk menamatkan set kedua dengan keputusan satu digit apabila ketinggalan 9-19, mujur cabaran yang dilakukannya pada penghujung set berjaya membantunya mendapatkan dua lagi mata, sekali gus menamatkan set kedua 11-21.
Kekalahan Zii Jia mungkin merentap keterujaan mengenai kepulangannya ke gelanggang, namun untuk menamatkan saingan tanpa sebarang kecederaan itu mungkin perkara amat diperlukan pemain tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram