[VIDEO] 'Daddy love you mommy, jangan dengar cakap orang', mesej romantis Faisal Halim buat isteri lepas Selangor menang besar


  • Podium
  • Ahad, 14 Sep 2025

Faisal Halim (belakang) bersama Nur Syazwani dan anak lelaki mereka, Khalish Aryan. — Instagram Faisal Halim

NAMA bintang Selangor FC, Faisal Halim, sekali lagi menjadi perhatian, bukan sahaja kerana aksi cemerlangnya di atas padang tetapi juga kerana luahan kasih sayang terhadap isterinya, Nur Syazwani Mizuana.

Dalam aksi Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, Faisal yang lebih dikenali dengan nama Miki bermain penuh 90 minit dan membantu Selangor membelasah Universiti Malaysia (MUFT) dengan jaringan 9-0, sekali gus melengkapkan agregat 12-1.

Namun, yang lebih mencuri tumpuan bukan sekadar kemenangan besar itu, sebaliknya mesej penuh emosi yang ditinggalkan Faisal kepada isterinya ketika ditemu bual wartawan.

BACA LAGI: Rancangan ALLAH lebih baik — Isteri Faisal Halim

BACA LAGI: Cklamovski ada 3 pengganti Faisal Halim, nama-nama 'otai' kembali jadi sebutan

Melalui perkongsian video pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi, pemain berusia 27 tahun itu meluahkan perasaan sayangnya kepada isteri tercinta, Nur Syazwani Mizuana selepas melalui detik sukar kebelakangan ini

 

 

 

 

"Kepada isteri saya, Syazwani. Jangan dengar mulut-mulut orang sangat.

"Kita stay dengan keluarga kita. Insya-ALLAH apa-apa yang tak kena, kita bincang. Kita perbaiki apa yang kurang.

"Insya-ALLAH. Daddy love you, Mummy," katanya sambil tersenyum.

Kemenangan bergaya Selangor dan mesej penuh romantis Faisal pada masa sama membuktikan bahawa kehidupan peribadi dan kerjaya bintang Harimau Malaya itu sedang menuju ke arah yang lebih positif.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga pemain Selangor FC dan Harimau Malaya itu dilaporkan bergolak sebelum ini apabila Nur Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor baru-baru ini sebelum berbaik semula.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram