
PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Richard Chin, akhirnya mendedahkan rahsia peribadinya apabila mengesahkan sudah bergelar Muslim sejak November tahun lalu.
Bekas pemain kelahiran England itu mengakui detik melafazkan syahadah menjadi momen paling bermakna dalam hidupnya sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia.
Tambah Richard lagi, Malaysia adalah tempat paling tepat buat dirinya kerana menerima sokongan luar biasa daripada peminat tempatan.
BACA LAGI : Bukan mudah serasi DNA Harimau Selatan, bintang Afrika dan Argentina sudah cukup jadi bukti
Richard Chin pilih untuk menjadi muslim November tahun lalu, 10 bulan sebelum mendapat panggilan skuad kebangsaan bagi aksi persahabatan dnegan Singapura & Palestin baru baru ini pic.twitter.com/AmrHGPNIdT
— FinaNasrom (@fnasrom) September 10, 2025
“Sejak dua tahun lalu, peminat di sini banyak beri sokongan. Lebih istimewa kerana Malaysia adalah negara Islam,” ujarnya.
Debut pertama Richard bersama skuad Harimau Malaya tercatat ketika menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Isnin.
Masuk sebagai pemain gantian, Richard membantu skuad kendalian Peter Cklamovski mengekalkan kemenangan 1-0. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram