
ISTERI kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, berkongsi hantaran terbaharu penuh bermakna di laman Instagram yang turut dimuat naik bersama gambar mereka sekeluarga.
Menerusi posting tersebut, Nur Syazwani Mizuana Shahri menulis coretan penuh kesyukuran dengan merujuk rancangan ALLAH sentiasa yang terbaik.
"Kadang-kadang prosesnya menyakitkan dan sukar. Namun jangan lupa, ketika Dia berdiam, Dia sedang melakukan sesuatu untukmu.
"Ingatlah! Hidup menjadi lebih mudah apabila kita sedar bahawa rancangan ALLAH itu jauh lebih baik daripada rancangan kita sendiri," katanya.
BACA LAGI: Syarikat dari Rawang keluarkan peranti khatan pakai buang juarai SAY ASPIRE edisi ke-6
Terdahulu, Faisal Halim memuat naik gambar bahagia bersama keluarga tercinta di InstaStory dengan ucapan ringkas "Alhamdulillah" beserta lagu 'Sayang Sampai Mati' dendangan Repvblik.
Foto itu memperlihatkan Faisal memeluk erat isterinya dan anak lelaki mereka, Khalish Aryan.
Nur Syazwani kemudian memuat naik semula gambar itu di InstaStory miliknya dengan kapsyen berbunyi, "Alhamdulillah.
"Forgive and forget. Semoga ALLAH lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula," katanya.
Rumah tangga pemain Selangor FC dan Harimau Malaya itu dilaporkan bergolak sebelum ini apabila Nur Syazwani pernah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Pasangan ini berkahwin pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Khalish Aryan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL