
EDISI ketiga Pertandingan Bowling Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) 2025 berlangsung meriah pada Sabtu dengan penyertaan hampir 100 peserta daripada 24 pasukan.
Saingan yang menghimpunkan pengamal media serta rakan strategik SAM-YAKEB turut diserikan dengan kehadiran beberapa bekas atlet negara termasuk legenda badminton, Datuk Rashid Sidek.
"Kadangkala waktu kerja sahaja berjumpa, dengan kejohanan ini dapat mengeratkan hubungan. Yang penting gembira," kata Rashid.
BACA LAGI: Tak pelik pun pemain JDT hijrah ke Liga Australia, legenda Liverpool lebih awal ambil langkah sama
BACA LAGI: [VIDEO] Anak Syihan hiburkan hati fans di SSI, buat ‘plot twist’ depan gol
Legenda badminton, Datuk Rashid Sidek. — Facebook/SAM
Sementara itu, Exco Sukan SAM, Mohd Firdaus Hashim pula menyifatkan kejohanan kali ini berjaya mencapai objektifnya.
"Tanpa mengira menang atau kalah, kerjasama dan hubungan erat yang lebih kukuh terjalin menjadi objektif utama pertandingan," kata Firdaus.
Dalam saingan kali ini, F&N Zero muncul juara selepas mengumpul 1,311 jatuhan pin, menewaskan News Strikerz dari RTM yang meraih tempat kedua dengan 1,140 jatuhan pin.
Sementara itu, pasukan Team Yakeb C menduduki tangga ketiga dengan catatan 1,045 jatuhan pin.
Turut serta dalam saingan ini ialah pasukan media daripada Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo!, RTM, TV3, Astro Arena dan Majoriti.
Manakala, penyertaan rakan strategik pula melibatkan YAKEB, 100PLUS, F&N, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Pejabat Menteri KBS dan lain-lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram