[VIDEO] Anak Syihan hiburkan hati fans di SSI, buat ‘plot twist’ depan gol


  • Podium
  • Rabu, 10 Sep 2025

Tangkap layar memaparkan aksi dramatik Rayyan sebelum menjaringkan gol.

GELAGAT anak lelaki penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi berjaya mencuri perhatian dan mencuit hati penyokong tanah air baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @ikrammarozan, anak Syihan yang dikenali sebagai Ahmad Rayyan Putra Ahmad Syihan Hazmi kelihatan menunjukkan bakatnya dalam sukan bola sepak.

Dalam video tersebut, anak Syihan yang mesra disapa Rayyan itu menampilkan skil sebagai penyerang dengan membawa bola ke arah pintu gol selepas perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Harimau Malaya dan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin.

BACA LAGI: Tak sampai 2 bulan uji taring Harimau Malaya, negara di barat Afrika kini selangkah ke Piala Dunia

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bangkit Shafiq Afifi!' Kiper Terengganu pernah buktikan cedera ketika beraksi bukan penamat karier

Namun, ketika penyokong mula memberikan sorakan agar Rayyan menendang bola ke dalam gawang, pemain cilik itu sebaliknya melakukan ‘plot twist’ yang mengejutkan.

Sebaik tiba di depan pintu gol, Rayyan berhenti seketika dan kelihatan enggan menendang bola menyebabkan para penyokong tertanya-tanya sambil terhibur dengan gelagatnya.

Ramai menyangka dia tidak mahu menjaringkan gol apabila berhenti tepat di depan pintu gol, namun sebenarnya ia adalah taktik Rayyan untuk mengumpul fokus sebelum melakukan sepakan.

Manisnya, dia berjaya menjaringkan gol dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada para penyokong.

Gelagat ceria dan bakat anak penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu nyata memberikan hiburan dan harapan kepada peminat bola sepak tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram