Pushbike Terengganu 2025 cipta sejarah, tarik penyertaan 3 negara jiran


  • Podium
  • Ahad, 14 Sep 2025

Kejuaraan Terengganu Pushbike 2025 edisi ke-4 pada tahun ini mempertaruhkan 19 kategori keseluruhan bagi melibatkan penyertaan peringkat usia seawal 2 tahun sehingga 9 tahun.

SERAMAI 315 pelumba cilik membanjiri Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di Kuala Terengganu, Terengganu sempena Terengganu Pushbike 2025 edisi ke-4 sekali gus mencipta sejarah apabila buat julung kalinya menarik penyertaan antarabangsa dari Thailand, Singapura dan Indonesia.

Sebanyak 19 kategori perlumbaan dipertandingkan melibatkan pelumba lelaki dan perempuan seawal usia dua tahun hingga sembilan tahun, dengan peluang sama rata untuk merebut gelaran juara dalam program yang berlangsung pada 12 September hingga 14 September.

Pengarah pertandingan, Mohd Zulfadhli Mohamed berkata, edisi kali ini cukup istimewa bukan sahaja kerana penyertaan luar negara, malah faktor cuaca turut menjadi cabaran tambahan buat peserta.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ingatkan sampah, rupanya dadah', pekerja terkejut jumpa bungkusan ganja mampat di Kuala Sungai Padang

Pengarah pertandingan Terengganu Pushbike 2025; Mohd Zulfadhli Mohamed(tengah)

Mohd Zulfadhli Mohamed (tengah) berkata, edisi Terengganu Pushbike 2025 cukup istimewa bukan sahaja kerana penyertaan luar negara, malah faktor cuaca turut menjadi cabaran tambahan buat peserta.

“Berbanding edisi-edisi terdahulu, cabaran kali ini agak berbeza dengan situasi cuaca hujan yang tidak menentu bakal memberi cabaran berganda di sini.

"Sekiranya pelumba-pelumba yang pernah beraksi di luar negara, situasi cuaca sedemikian adalah normal.

“Penyertaan pelumba-pelumba antarabangsa bagi edisi kali ini memberi penanda aras baharu untuk prestij penganjuran sekaligus memberi tambah nilai yang terbaik buat tuan rumah malah buat pelumba tempatan itu sendiri yang bakal memberi cabaran tersendiri untuk menaiki podium,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu menjadi litar rasmi Kejuaraan Terengganu Pushbike 2025 untuk mempertaruhkan perlumbaan sejauh 300 meter yang perlu ditamatkan oleh setiap pelumba.

Acara tumpuan ialah Kategori Terbuka dengan jarak sejauh 300 meter. Hari pertama menyaksikan lapan kategori berlangsung, manakala baki 13 kategori pula akan berentap pada hari terakhir kejuaraan.

Selain perlumbaan, penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan sempena cuti sekolah seperti ‘fun walk’, pertandingan mewarna, persembahan dikir barat, pertunjukan maskot, forum sains dan acara pentas lain yang menghangatkan suasana di PSKT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram