[VIDEO] ‘Mak ayah diorang mana?’, penduduk Danau Kota stres nak hadap remaja ‘rem’ motor tepat pukul 9 malam saban hari


  • Tular
  • Khamis, 11 Sep 2025

Tangkap layar sekumpulan remaja membuat bising dengan membunyikan motosikal serta melakukan aksi berbahaya di kawasan lapang sebuah sekolah di Danau Kota hampir setiap malam.

 

 

SEKUMPULAN remaja di Danau Kota, Kuala Lumpur, menjadi perhatian penduduk selepas didakwa sering membuat bising dengan membunyikan motosikal serta melakukan aksi berbahaya di kawasan lapang sebuah sekolah, khususnya pada waktu malam.

Tindakan mereka dikatakan mengganggu ketenteraman penduduk setempat, terutamanya pada waktu malam antara pukul 9 hingga 11 malam hampir setiap hari.

Seorang pengguna Threads, Anispzi, meluahkan rasa kecewa dengan gelagat remaja berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Guna duit cukai demi keselamatan rakyat', kes wanita Ukraine maut ditikam cetus kemarahan pendakwa raya AS

BACA LAGI: [VIDEO] Menyesal tak berguna, lelaki Indonesia tergamak kerat kekasih, seminggu tinggal bersama jasad

 

 

 

 

"Macam mana nak buat aduan budak-budak jahat ini eh? Mak ayah mereka mana?

"Macam mana nak suruh polis ronda kawasan ni? Setiap malam tau diorang ini wheeli dan rem motor kat sini.

"Bising gila. Between 9 to 11PM almost everyday. Stress nya. Orang nak tidur,” tulisnya.

Kegiatan remaja yang melakukan aksi berbahaya dengan motosikal dan membuat bising itu bukan sahaja mengganggu penduduk, malah berpotensi mendatangkan risiko keselamatan kepada diri mereka sendiri dan orang lain, terutamanya di kawasan yang kerap dilalui pejalan kaki.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna lain, zam4_4, mencadangkan agar aduan dibuat terus ke balai polis.

“Cik simpan saja nombor Balai Setapak 03-4023 2222 atau No Gerakan IPD Wangsa Maju 03-9289 9222 dan buat aduan lisan,” katanya.

Sementara itu, Suriaku pula menyatakan rasa simpati terhadap penduduk lama yang terpaksa menanggung gangguan tersebut.

Menurutnya, tindakan segelintir remaja mencemarkan imej kejiranan yang sebelum ini aman dan selesa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram