
TREND suntingan gambar menggunakan kecerdasan buatan (AI) kini mencetuskan perdebatan hangat selepas tular konten TikTok memaparkan seorang wanita Melayu seolah-olah berpelukan dengan artis K-Pop terkenal, Mingyu baru-baru ini.
Walaupun kelihatan sekadar hiburan ringan, tindakan itu dianggap keterlaluan dan berisiko mencetuskan fitnah, khususnya terhadap wanita Islam.
Seorang pengguna Threads, Nizam_mustapha, menegur perbuatan tersebut yang disifatkannya mampu mengelirukan orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] OCPD Dang Wangi cedera dibaling objek, polis kenal pasti ‘pengacau’, bukan penduduk Kg Sungai Baru
"Aku terjumpa dekat TikTok ada perempuan Melayu buat konten gambar macam ini dengan artis Korea, Mingyu.
"Buat seperti ini tak haram ke? Sebab bagi aku apa sahaja yang mendatangkan fitnah adalah haram.
"Apa tujuan buat konten macam ini? Tak rasa macam too much ke especially kau perempuan Islam dan Melayu, Tak rasa cringe ke?" soalnya.
Menurut individu berkenaan, tujuan dia bukanlah mengecam pemilik TikTok berkenaan tetapi hanya ingin menegur.
"Serius soalan ini bukan nak kecam the owner, cuma kalau orang jenis lurus bendul, I bet they will think this picture is legit. Ini baru AI, bukan tipu helah Dajjal," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pengguna media maya yang lain bersetuju dengan luahan Nizam.
Seorang lagi pengguna Threads, lantakla_nama_apapun, turut sependapat dengan menyifatkan konten itu melampaui batas dan boleh menjejaskan maruah agama.
“Haram dan mendatangkan fitnah kepada wanita Islam. Ikut trend boleh, tapi jangan sampai menjadikan minat itu berhala dalam jiwa. Semoga ALLAH lindungi kita semua,” ujarnya.
Seorang lagi warga maya, Wani3 turut mengingatkan agar generasi muda lebih berhati-hati dalam mengejar trend media sosial.
"Setiap konten yang dibuat boleh membawa kesan besar terhadap maruah diri dan sensitiviti agama.
"Isu penyalahgunaan teknologi AI semakin membimbangkan kerana ia bukan sahaja digunakan untuk hiburan, malah berpotensi dijadikan alat penyebaran fitnah, maklumat palsu dan eksploitasi imej tanpa kebenaran," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram