
SEKUMPULAN pekerja yang sedang melakukan kerja menyusun batu di kawasan tepi laut Kuala Sungai Padang, Perlis, gempar apabila menemui sebuah bungkusan mencurigakan yang dipercayai berisi ganja seberat kira-kira 40 kilogram, pada Sabtu.
Menurut perkongsian di aplikasi WhatsApp, pekerja terbabit pada mulanya menyangka bungkusan tersebut hanyalah sampah sebelum menyedari ia berisi bahan terlarang yang diikat kemas.
“Budak-budak (pekerja) susun batu tepi laut jumpa ganja, anggaran dalam 40 kilogram.
BACA LAGI: [VIDEO] Masih ramai keliru, ayam dan daging antara yang tak boleh dibeli guna SARA RM100 one-off
"Lokasi di belah tepi laut Kuala Sungai Padang pagi ini (Sabtu).
"Ingatkan sampah rupanya dadah (ganja),” tulis salah seorang individu dalam mesej yang kini tular.
Sekumpulan lelaki terkejut menjumpai sebuah bungkusan dipercayai mengandung ganja di sebuah lokasi dekat Kuala Sungai Pdang, Perlis pada Sabtu.
Kredit: Mot pic.twitter.com/T3q0ia7URF
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 30, 2025
Gambar dan maklumat penemuan tersebut pantas tersebar di beberapa kumpulan komuniti WhatsApp, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat.
Difahamkan, Perlis sering menjadi laluan sindiket penyeludupan dadah berikutan lokasinya yang bersempadan dengan Thailand.
Beberapa kes rampasan ganja berskala besar pernah dilaporkan sebelum ini, antaranya melibatkan tangkapan sindiket antarabangsa dan penyeludupan melalui jalan laut.
Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan bungkusan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram