
ADA sebab mengapa Uruguay tidak turun menentang skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa pada Oktober depan.
Walaupun Uruguay sendiri yang akan turun ke Malaysia, namun perlawanan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana Harimau Malaya ada tugas lebih penting ketika pada bulan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cohesion Prima, Datuk K. S. Lai yang merupakan penganjur Stars of Uruguay di Malaysia, perlawanan antara dua negara itu tidak dapat diadakan kerana komitmen Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos.
BACA LAGI: ‘Ini baru permulaan’, wakil Uruguay harap dapat jumpa Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] 'Liga DUN je pun', pengadil jadi mangsa lemparan mercun penyokong di Terengganu
Lai (tiga dari kiri) mengesahkan ketiadaan Harimau Malaya kerana tugasan memburu slot ke Piala Asia.
"Pada Oktober, skuad Harimau Malaya sedikit sibuk kerana mereka akan terlibat dalam kelayakan Piala Asia menentang Laos.
"Mereka akan bermain di Laos pada 9 Oktober sebelum aksi sama diadakan pada 14 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Ia bukan satu perkara yang besar, cuma jadual saja bertembung dan sebab itu Malaysia tidak dapat bertemu Uruguay," ujar Lai kepada media pada Jumaat.
Disebabkan itu, juara Piala Dunia dua kali itu akan mengadakan perlawanan menentang Republik Dominika serta Uzbekistan di dua lokasi berbeza.
Aksi bertemu Republik Dominika akan diadakan di Bukit Jalil pada 10 Oktober sebelum berdepan Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka tiga hari kemudian.
Stars of Uruguay merupakan anjuran bersama Cohesion Prima dan Rainbow Hainan sambil ia disokong oleh Tourism Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ia sebahagian daripada usaha untuk menjadi Malaysia negara yang boleh menawarkan pelancongan sukan (sports tourism) dengan mengadakan pelbagai aksi bertaraf dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram