[VIDEO] Lori ‘haram’ bawa hampir 50,000 liter gas terbalik lalu meletup di Mexico, 3 maut


  • Benua
  • Khamis, 11 Sep 2025

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran akibat lori minyak meletup di Mexico.

SEBUAH lori yang membawa minyak sejumlah 49,500 liter gas meletup selepas terbalik di lebuh raya di Mexico City, Mexico pada Rabu.

Memetik laporan media antarabangsa, lori tersebut meletup dan terbakar di selatan ibu negara tersebut dengan ia membunuh tiga sementara 70 lagi cedera dengan 19 daripadanya termasuk pemandu lori berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian tersebut diisytihar sebagai "darurat" oleh Datuk Bandari Mexico City, Clara Brugada selepas letupan itu turut merosakkan 30 kenderaan yang berada berdekatan lori tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Menteri Kesihatan Sweden rebah pada hari pertama bertugas

BACA LAGI: [VIDEO] Kemarahan rakyat Nepal tak terkawal, Menteri Kewangan 'dihambat' sampai ke sungai

Ketika kejadian, dapat dilihat asap tebal menyelubungi kawasan tersebut dengan orang ramai lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Kejadian itu turut memberikan kerosakan kepada kawasan sekitar iaitu Iztapalapa yang merupakan tempat berkepadatan tinggi di ibu negara Mexico.

Siasatan masih lagi dijalankan dengan dapatan awal menemui logo syarikat tenaga dikenali sebagai Silza berada pada lori tersebut.

Kementerian Alam Sekitar Mexico dalam kenyataan mereka mendapati syarikat itu beroperasi secara haram dengan mereka tidak memperbaharui kertas kerja mengenai insurans untuk mendapatkan kebenaran memindahkan bahan api melalui kenderaan berat.

Dikatakan permohonan Silza itu ditolak oleh kerajaan Mexico.

Buat masa sekarang, Silza tidak mengaku lori tersebut adalah milik mereka dan enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Mexico itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram