
ARSENAL berdepan situasi sukar apabila mereka terpaksa melupakan khidmat pertahanan tengah ampuh mereka iaitu William Saliba akibat kecederaan.
Kecederaan yang dialaminya ketika menentang Liverpool pada 31 Ogos melihatkan dia terpaksa berehat sekitar tiga hingga empat minggu.
Walaupun tempoh itu tidaklah begitu panjang, namun ia sudah cukup untuk 'menggoncang' Arsenal dan menganggu misi mereka merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kali terakhir memenangi pada musim 2033/24.
BACA LAGI: 'Trust the process' masuk fasa ke-6: Arteta wajib menang EPL atau tinggalkan saja Arsenal
Kunci pertahanan Arsenal
Kehilangan Saliba di barisan pertahanan Arsenal sudah pasti menghambat peluang mereka untuk mencabar kejuaraan EPL musim ini.
Statusnya sebagai pertahanan utama The Gunners sudah cukup menggambarkan kerapuhan bakal dihadapi mereka kerana Saliba merupakan salah seorang pertahanan tengah terbaik di EPL.
Disebabkan itu, Mikel Arteta perlu bijak dalam menyusun strategi terutamanya dalam meletakkan pengganti berkualiti bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Saliba.
Namun begitu, tugas itu bukan mudah ditambah dengan jendela perpindahan sudah pun ditutup.
Tugasan sukar menanti
Kehilangan Saliba mungkin boleh dicari penawarnya dengan menggunakan pemain lain, namun perjuangan Arsenal sebenarnya semakin sukar apabila dia terpaksa 'bercuti' pada waktu penting.
Hal ini kerana, Arsenal bakal berdepan sekurang-kurangnya dua lawan sukar sepanjang September iaitu bertemu Manchester City dan Newcastle United.
Haaland (depan) sedia merobek gawang Arsenal.
Ia juga tidak termasuk berdepan perlawanan tricky bertemu Nottingham Forest dan Olympiacos dalam tugasan Eropah mereka.
Arsenal berpotensi keciciran mata dalam perlawanan-perlawanan tersebut dan jika ia berlaku, mereka boleh jauh ketinggalan dalam perebutan takhta EPL.
Hincapie wira tak diduga?
Melihat kepada situasi melanda Saliba, Arsenal tiada pilihan lain selain daripada menggunakan pemain lain untuk mengisi tempatnya.
Persembahan penggantinya iaitu Cristhian Mosquera semasa bertemu Liverpool dilihat belum cukup menyakinkan namun harapan itu boleh disandarkan kepada bintang baharu.
Hincapie boleh jadi taruhan terkini Arteta.
Piero Hincapie yang merupakan rekrut terbaharu dari Bayer Leverkusen boleh dijadkan sebagai wildcard buat Arteta untuk menggantikan tempat Saliba.
Dengan dia masih belum diuji dengan suhu bola sepak Inggeris, inilah masanya untuk dia menyinar dan mencuri hati penyokong Arsenal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram