
MALAYSIA meneruskan siri perlawanan persahabatan antarabangsa mereka dengan bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin.
Selepas menang 2-1 bertemu Singapura, Harimau Malaya akan berdepan lawan lebih sukar dengan Palestin kini menduduki kedudukan ke-98 dunia.
Walaupun menang pada perlawanan bertemu musuh tradisi, namun penyokong Harimau Malaya dilihat tidak senang menyaksikan bintang utama iaitu Arif Aiman bermain di luar posisinya.
BACA LAGI: 'Jika bukan kerana ketegasan JDT, sudah lama Arif Aiman beraksi di Sepanyol'
Dalam aksi berdepan, Arif yang merupakan poster boy untuk perlawanan menentang Palestin diletakkan bukan sebagai sayap kanan dan keputusan jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski itu seolah menghadkan kualiti pemain tersebut.
Hal ini kerana, Arif dilihat tidak dapat menyerlahkan kualitinya sebagai pemain sayap dengan mengucar-kacirkan pertahanan lawan seperti selalu.
Dengan berdepan Palestin yang lebih baik berbanding Singapura, ramai mengharapkan agar Arif diletakkan kembali sebagai pemain sayap kanan supaya ancaman serangan Harimau Malaya lebih tajam.
"Pemain homegrown Arif Aiman kembali ke posisi asal," kata penyokong bernama Ri Zam.
"Pemain dalam poster harap main di posisi asal," ujar Zulhairi Johar.
"Harap jangan letak (pemain) di posisi bukan-bukan, letak pemain yang di posisi selalu main di kelab. Bukan apa, bila letak Arif Aiman dekat posisi Stuart Wilkin, dia tak tahu nak buat apa. Lebih baik letak Wilkin di tengah main dengan Nooa Laine," komen Fakhri Aqie. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram