
TANPA disangka, dua negara iaitu Uzbekistan dan Uruguay bakal bertemu sesama sendiri dengan mereka menjadikan Malaysia sebagai lokasi.
Walaupun bermain di Malaysia, lokasi perlawanan masih belum ditentukan sama ada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur atau gelanggang berlainan pada 13 Oktober kelak.
Yang pasti, pengikut bola sepak di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) secara dekat apabila mereka bermain bersama skuad kebangsaan mereka.
BACA LAGI: Ada hikmah di sebalik tertangguhnya perpindahan Marc Guehi ke Liverpool, lagi-lagi situasi Konate
BACA LAGI: [VIDEO] Dulu gigit sekarang ludah, perangai legenda Liverpool masih tak berubah
Manuel Ugarte
Satu nama yang pasti akan menarik perhatian terutamanya penyokong Manchester United di Malaysia pada 13 Oktober kelak adalah kemunculan Manuel Ugarte.
Ugarte merupakan pemain tengah bertahan dan dia adalah rekrut berprofil tinggi dibawa oleh United pada musim 2024/2025.
Ugarte merupakan pembelian berprofil tinggi Man United musim lalu.
Musim ini, Ugarte sudah bermain sebanyak dua kali buat United namun kedua-duanya dia diletakkan sebagai pemain gantian.
Namun ia tidak menghalang penglibatannya bersama skuad Uruguay apabila dia masih menjadi sebahagian daripada anggota pasukan negaranya.
Darwin Nunez
Satu lagi nama yang boleh menarik perhatian warga tempatan untuk menyaksikan perlawanan tersebut adalah dengan adanya bekas penyerang Liverpool, Darwin Nunez.
Nunez merupakan watak popular dalam kalangan penyokong The Reds walaupun kini dia tidak lagi bersama mereka selepas menyertai Al Hilal di Arab Saudi.
Nunez tidak lagi bersama Liverpool.
Penyerang berusia 26 tahun itu mempunyai rekod baik bersama negaranya apabila Nunez menghasilkan 13 gol dalam 35 penampilan untuk Uruguay.
Terkenal dengan corak permainannya bersifat chaos, pastinya ada Nunez akan menambah rencah kepada perlawanan tersebut.
Abdukodir Khusanov
Satu lagi nama yang pastinya tidak akan terlepas dari perhatian semestinya pemain pertama Uzbekistan yang beraksi di EPL iaitu Abdukodir Khusanov.
Pertahanan tengah muda berusia 21 tahun itu masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris namun dia sudah mula menunjukkan keserasian beraksi di bawah kendalian pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Khusanov merupakan pemain Uzbekistan pertama beraksi di EPL.
Akan tetapi, cerita berbeza apabila Khusanov bersama skuad negaranya kerana walaupun usia muda, namun Khusanov sudah ada 22 penampilan bersama Uzbekistan.
Menarik untuk disaksikan bagaimana dia akan berdepan bintang handalan Uruguay dan Malaysia bakal menjadi saksi pertembungan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram