
SATU lagi musim baharu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool bersedia mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka.
Namun begitu, Arsenal yang sudah tiga musim berturut-turut menjadi naib juara berdepan tekanan untuk menjadi johan di bawah kendalian Mikel Arteta.
Kini memasuki fasa keenam atau phase six kepada era "trust the process", Arteta tidak banyak masa lagi untuk menghadiahkan kejuaraan kepada The Gunners.
BACA LAGI: Gyokeres boleh cemerlang di Arsenal jika ikut DNA ikon Sweden di EPL
Projek sudah matang
Arsenal memulakan fasa atau musim keenam bersama Arteta dengan ujian getir bertemu Manchester United di tempat lawan.
Walaupun ujian getir, ia seharusnya tidak menjadi masalah kerana skuad Arsenal dianggap sudah matang dengan mereka ditunjangi beberapa pemain berkualiti seperti Declan Rice, Bukayo Saka serta Martin Odegaard.
Gyokeres merupakan penyerang baharu Arsenal.
Ditambah dengan penyerang baharu iaitu Viktor Gyokeres, skuad Arsenal dilihat lengkap dan mampu untuk mencabar kejuaraan dengan lebih baik.
Projek Arteta sudah dianggap matang, jadi tiada alasan untuk dia tidak menjuarai liga.
Budaya kelab besar
Menjadi satu kemestian bagi kelab-kelab besar untuk mencabar dan memenangi kejuaraan penting setiap musim.
Begitu juga Arsenal, sebagai kelab ketiga terbesar di England, mereka seharusnya sentiasa bersaing untuk mendapatkan trofi.
Arteta (kiri) perlu berdepan tekanan penyokong yang sudah tidak sabar.
Walaupun pengurusan The Gunners lazimnya lebih senang untuk menanti hasil projek seperti mana mereka lakukan bersama pengurus terdahulu iaitu Arsene Wenger, Arteta tidak boleh ambil mudah masa yang diberikan.
Tekanan penyokong masih kuat untuk mendapatkan kejuaraan, memandangkan sudah lebih dua dekad tanpa kejuaraan liga, ia dilihat wajar melihat desakan itu ditujukan kepada Arteta.
Ancaman "sudah sampai had"
Memandangkan sudah memasuki fasa keenam dan masih tiada hasil, timbul satu persoalan, adakah Arteta sudah sampai kemampuan maksimumnya?
Ia mungkin terdapat benarnya kerana dia masih tidak berjaya untuk menghadiahkan sebarang gelaran baik EPL atau kejuaraan Eropah buat Arsenal.
Adakah ini peluang terakhir untuk Arteta di Arsenal?
Jika kegagalan terus hadir, ia boleh menimbulkan persepsi yang Arteta bukannya orang yang tepat untuk membawa Arsenal ke mahligai kejuaraan walaupun berjaya menstabilkan pasukan pasca era Wenger.
Pada saat itu, Arsenal mungkin sudah mempertimbang membawa nama-nama lain untuk menggantikan Arteta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram