[VIDEO] Solidariti serumpun, tukang gunting dari Jawa Barat 'lakar' wajah Zara Qairina guna rambut pelanggan


  • Tular
  • Isnin, 08 Sep 2025

Lakaran wajah Zara Qairina (kanan) dilakukan oleh Taufiq Muh.

SEHINGGA kini, sokongan agar keadilan dapat ditegakkan buat pelajar tingkatan 1, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir masih membara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jelas sekali, rakyat berharap agar keadilan dapat ditegakkan demi membela kematian pelajar tersebut yang penuh tragis.

Sokongan tersebut bukan saja dirasai di negara kita malah turut tersebar sehingga ke negara jiran iaitu Indonesia.

BACA LAGI: Punca sebenar kematian Zara Qairina, pakar patologi serah keputusan kepada mahkamah

BACA LAGI: Mustahil boleh sumbat Zara Qairina dalam mesin basuh — Pakar patologi

Seorang tukang gunting dari Cirebon, Jawa Barat iaitu Taufiq Muh menzahirkan solidaritinya terhadap Zara menerusi lakaran menggunakan rambut dipotongnya.

Dalam sebuah video yang dikongsikannya di media sosial, Taufiq menggunakan rambut pelanggan yang dipotong olehnya dan melakar wajah Zara dengan cukup baik.

"Saya melakar atas permintaan ramai baik dari warga Malaysia dan juga Indonesia," ujarnya.

Usaha Taufiq itu mendapat perhatian dan meraih respons positif terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Terbaik bro lukisannya kerana Zara kita jadi bersatu walau di mana jua kita berada. Al-Fatihah buatmu nak Zara, semoga kamu tenang dialam barumu," kata Yacob Ismail.

"Semoga si pelukis dalam lindungan ALLAH sentiasa, masya-ALLAH sangat cantik, semoga ada keadilan untuk adik Zara," komen Razlina Ibrahim.

"Sangat mirip, cantik dan kreatif sekali," ujar Eni Setia Rini.

Inkues Zara Qairina kini memasuki minggu kedua selepas dimulakan sejak Rabu minggu lepas di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram