Cuma beraksi 2 minit di pentas antarabangsa, bintang Man United ditunjukkan ‘jalan pulang’ ke Old Trafford


  • Podium
  • Isnin, 08 Sep 2025

Beberapa pemain Manchester United kini dipanggil ke kem negara masing-masing bagi aksi di pentas antarabangsa.

TONGGAK pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt dilaporkan sudah kembali dari tugasan antarabangsa lebih awal meski pun aksi melibatkan Belanda baru sahaja tamat awal pagi Isnin.

Ini selepas khidmatnya kurang ditagih pengendali, Ronald Koeman dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Poland dan Lithuania yang menghadiahkan empat mata buat skuad The Oranje.

Bagi aksi pertama, Belanda menurunkan gandingan kapten, Virgil dan Dijk dan bek Brighton & Hove Albion, Jan Paul van Hecke yang menutup ruang buat de Ligt.

BACA LAGI: Runsing keadaan bintang 'kaki kaca', Man United sedia buat pusingan U

BACA LAGI: Jadi punca gawang bocor, 'Budak Emas' kena tamparan hebat Van Dijk

De Ligt hanya sempat beraksi selama dua minit dalam kedua-dua perlawanan itu. — Agensi

Pertemuan dengan Lithuania kemudian menyaksikan pengurus 62 tahun itu meletakkan van Dijk dan Stefan de Vrij yang masing-masing kurang cemerlang selepas dibolosi dua kali.

Koeman kemudian memberikan peluang buat de Ligt memasuki dua minit terakhir permainan dengan ia merupakan satu-satunya penglibatan bek tengah berkenaan sepanjang kempen Kelayakan Piala Dunia.

Peluang terhad berkenaan membuatkan pemain tersebut segera kembali ke padang latihan Manchester United untuk bersama-sama rakan sepasukannya menjelang aksi getir berdepan seteru terdekat, Manchester City.

De Ligt dilaporkan sudah melaporkan diri di kem latihan Manchester United. — Agensi

Ia juga dianggap sebagai satu rahmat buat skuad The Red Devils yang akan memerlukan khidmatnya sepanjang musim selepas sudah diturunkan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Daripada kesemua penampilan berkenaan, de Ligt gagal membantu pasukannya meraih sebarang 'clean sheet' apabila empat gol sudah dilepaskan, termasuk dua ketika bertemu Burnley FC pada Sabtu lalu.

Kehadirannya dalam barisan pertahanan pasti diharapkan bagi perlawanan derbi Manchester dalam misi skuad kendalian Ruben Amorim memperbaiki kedudukan dalam carta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram