Runsing keadaan bintang 'kaki kaca', Man United sedia buat pusingan U


  • Podium
  • Isnin, 05 Ogos 2024

Pasukan kendalian Ten Hag itu perlu menunggu untuk meneruskan rundingan untuk membawa masuk De Ligt (kanan). — Agensi

MANCHESTER United nampaknya akan membuat pusingan U untuk berunding semula bagi mendapatkan bek tengah Belanda, Matthijs De Ligt menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan bermula pada Ogos ini.

Sebelumnya, impian untuk membawa masuk pemain berusia 24 tahun itu difahamkan tidak mencapai kata sepakat mengenai harga dan terma peribadi, sekali gus menyaksikan De Ligt juga sudah kembali ke kem latihan Bayern Munich.

De Ligt telah memulakan latihan pramusim dengan Bayern Munich selepas dia diketepikan daripada skuad jelajah awal Vincent Kompany untuk perjalanan ke Asia sebelum kempen Bundesliga hampir tiba.

BACA LAGI: Leny Yoro tinggal selangkah sarung jersi Manchester United

BACA LAGI: Tamatkan spekulasi, Ten Hag kekal bersama Manchester United

Bek tengah antarabangsa Belanda itu boleh beraksi semula dalam masa kurang dua minggu, dengan pasukannya, Bayern Munich akan dijadualkan dalam pusingan pertama saingan DFB Pokal yang dijadualkan pada 16 Ogos.

Kini, pasukan kendalian Eric Ten Hag itu perlu menunggu untuk meneruskan rundingan untuk membawa masuk De Ligt selepas pemain juga nampaknya berminat untuk melebarkan karier ke saingan EPL.

Keputusan skuad The Red Devils untuk membawa masuk De Ligt juga pasti untuk mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan pertahanan baharu mereka, Leny Yoro yang perlu berehat tiga bulan selepas cedera kakinya.

WhatsApp Image 2024-08-05 at 19.26.46

Yoro dibeli dengan harga bernilai 50 juta euro (RM254.22 juta) dengan beberapa syarat tambahan. Agensi

Kecederaan bek tengah berusia 18 tahun itu dialami ketika berdepan Arsenal pada aksi persahabatan pramusim hujung minggu lalu. Nasib malang menimpa Yoro juga menyebabkan penyokong melabelnya sebagai pemain 'kaki kaca'.

Selain Yoro, United juga kehilangan khidmat dua pemain di bahagian serangan iaitu Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford, ia pasti merupakan satu lagi tamparan sebelum kempen baharu liga bermula buat Ten Hag.

Dalam pada itu, selain mahu membawa masuk De Ligt, Ten Hag juga berminat untuk merekrut bekas anak didiknya iaitu pertahanan kanan Bayern, Noussair Mazraoui. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram