
PEMAIN sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid mendedahkan bahawa berat badannya meningkat selepas mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal, Eyka Farhana pada 2 Mei lalu.
Perkara itu dikongsikan Akhyar menerusi satu sesi temu bual santai bersama pelakon yang juga suami kepada Fasha Sanda, Aidil Aziz di Instagram baru-baru ini, ketika sesi ramah mesra bersama pemain Sang Penyu anjuran Al-Ikhsan Sports pada Sabtu.
"Secara jujur, berat badan naik lima kilogram, dua bulan tak training habis," katanya bersahaja ketika menjawab soalan Aidil yang bertanyakan perubahan fizikal selepas berkahwin.
BACA LAGI: [VIDEO] Dengan gaya bersahaja, tonggak Melaka Titans mudah perdaya regu Jepun
BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak nak bayar boleh cau', ulat parkir biadab, makin besar kepala di Pasar Seni
Namun begitu, Akhyar turut berkongsi bahawa dia kini sudah kembali aktif dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram.
Menariknya, isterinya Eyka Farhana turut ‘hadir’ dalam sesi tersebut apabila meninggalkan emoji ketawa di ruangan komen, seolah-olah terhibur dengan pengakuan suaminya itu.
Untuk rekod, pasangan selebriti dan atlet tersebut sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada 2 Mei lalu.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Boathouse By The Lake Ampang itu disaksikan oleh kedua-dua belah keluarga mempelai serta kenalan rapat mereka.
Eyka dan Akhyar selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat pada 4 Ogos tahun lalu.
Kisah percintaan mereka mula dihidu peminat masing-masing sejak 2020. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram