[VIDEO] 'Tak nak bayar boleh cau', ulat parkir biadab, makin besar kepala di Pasar Seni


  • Tular
  • Rabu, 03 Sep 2025

Tangkap layar menunjukkan salah seorang ulat parkir meninggalkan kawasan tempat letak kereta tersebut.

WALAUPUN sudah memasuki 2025, masalah penjaga kereta tanpa kebenaran atau lebih dikenali sebagai ulat parkir yang mengenakan caj tidak masuk akal masih belum dapat dibendung sepenuhnya khususnya di beberapa kawasan tumpuan awam.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Rilllo_ berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila dihampiri dua 'ulat parkir' di kawasan tempat letak kereta berhampiran restoran Mee Tarik di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Dalam video yang tular sejak Selasa, lelaki tersebut dilihat berkeras menolak untuk membayar caj yang dituntut dan meminta agar kedua-dua ulat parkir menunjukkan lesen sah bagi membenarkan mereka mengenakan bayaran.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mudahkan kerja orang, mudahlah kerja kita', tinggal duit COD dalam kasut, penghantar kurier siap pulangkan baki

BACA LAGI: Asnaf 5 beranak di Sungai Petani 'hilang' selepas terima bantuan rumah dan motor percuma, pusat bantuan enggan lagi bertanggungjawab

Situasi itu menjadi tegang apabila berlaku sedikit pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan ulat parkir terbabit yang tetap mendesaknya membuat bayaran.

Salah seorang ulat parkir malah mengarahkannya agar meninggalkan kawasan tersebut sekiranya enggan membayar.

"Kalau tak nak bayar cau (berambus), jangan besarkan masalah," katanya.

Berang dengan tindakan itu, lelaki itu bertanya sekali lagi mengenai lesen perniagaan yang dimiliki mereka.

Tidak dapat menunjukkan lesen, salah seorang ulat parkir akhirnya meninggalkan lokasi sambil mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

Video berkenaan mendapat sokongan ramai warga maya yang memuji keberanian lelaki tersebut menolak permintaan tidak wajar itu dan menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas untuk membanteras masalah ulat parkir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram