
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak bercadang untuk berperang dengan Venezuela, sebaliknya beliau hanya mahu menghapuskan kartel dadah.
Ia susulan rakaman yang tular melihatkan barisan tentera AS melakukan pergerakan helikopter ke negara tersebut sebelum melancarkan serangan.
Serangan tentera AS itu menyebabkan 11 warga Venezuela maut sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara.
BACA LAGI: Trump tuntut hukuman mati untuk semua kes bunuh di Washington DC
BACA LAGI: Trump akan datang KL Oktober, umum tarif ke atas Malaysia Jumaat
Ujar Trump, serangan dilakukan tenteranya itu tidak lain daripada menentang kegiatan haram berkaitan narkotik namun ia dilihat seperti misi serampang dua mata.
Bukan saja untuk menewaskan kartel dadah, laporan dari AS turut menyebut yang negara itu sedang dalam misi menggulingkan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro.
Bercakap mengenai potensi untuk menggulingkan Maduro, Trump mengatakan yang Venezuela mengadakan pilihan raya yang pelik.
Namun begitu, Maduro meminta agar urusan negarannya tidak diganggu oleh kuasa luar seperti AS.
"Kita bukan bercakap tentang itu, tetapi kita bercakap tentang hakikat bahawa anda telah mengadakan satu pilihan raya yang sangat pelik, untuk dikatakan secara sederhana," kata Trump.
"Kerajaan AS sepatutnya meninggalkan rancangannya untuk melakukan pertukaran rejim secara ganas di Venezuela dan di seluruh Amerika Selatan serta menghormati kedaulatan, hak untuk keamanan, dan kemerdekaan," balas Maduro. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram