STL Champions Cup: Noraizat jadi penyelamat Perak Bison elak dimalukan kelab Singapura


  • Podium
  • Sabtu, 06 Sep 2025

Kemasukan Noraizat berjaya memberikan kemenangan buat Perak Bison.

PERAK Bison dilihat mempunyai masalah untuk menewaskan kelab Singapura, MGCP Singapore dalam aksi Sepak Takraw League (STL) Champions Cup pada Sabtu.

Dalam perlawanan yang diadakan di Karisma Arena, Seremban, Negeri Sembilan, Perak Bison yang dianggap pasukan pilihan bagaimana pun diberikan tentangan sengit oleh MGPC Singapore.

Walaupun berjaya melakarkan kejutan dengan mendahului mata agak jauh, pasukan jemputan dari Singapura itu begitu hampir untuk memalukan Perak Bison.

BACA LAGI: Pengeluar jersi Perak Bison tambah lagi stok lepas jualan laku keras

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Ustaz Solihin’ turun stadium, reaksi Zul Ariffin warnai Perak Bison rangkul GP Perak

Set pertama menyaksikan Perak Bison berjaya menang 15-13 sebelum set kedua menyaksikan MGCP Singapore berjaya mengejutkan penonton dengan persembahan memukau.

Mereka berjaya mendahului 10-5 dan itu memaksa Perak Bison untuk memasukkan Muhammad Noraizat untuk mengubah perlawanan.

Persembahan cemerlang daripada Noraizat berjaya memastikan Perak Bison berjaya merampas set tersebut dan memenanginya dengan keputusan tipis 17-15.

Walaupun Noraizat memberikan persembahan ala wira, namun penyokong Perak Bison risau seandainya bertemu lawan lebih sukar, mereka akan berdepan kesukaran.

"Jumpa Negeri Sembilan Antlers ni mahu hancur, jangan pandang rendah pasukan lawan," kata Amir Hussin.

"Jurulatih kena tengok balik taktikal, ini bukan pentas percubaan," ujar Shuhaimi Marche. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram