
ATLET sukan tempur negara, Johan Ghazali atau Jojo kembali ke landasan kemenangan selepas berjaya menewaskan lawan dari Maghribi, Zakaria El Jamari dalam pertarungan ONE Championship pada Sabtu.
Jojo mencipta sensasi apabila berjaya menewaskan El Jamari dengan keputusan knockout (KO) dalam masa dua minit.
Dengan corak tipikal Jojo, dia terus memberikan serangan bertali arus kepada El Jamari sebaik saja pertarungan dimulakan.
BACA LAGI: [VIDEO] Bakal anjur perlawanan tinju di Malaysia, Opai tak jemput Jojo sebab 'selalu kalah'
BACA LAGI: [VIDEO] Tewas bermaruah, Jojo Ghazali bangga keberanian Miki di Jepun
Dia menggunakan teknik sepakan terlebih dahulu sebelum menggunakan kombinasi tumbukan untuk menyerang El Jamari.
El Jamari hanya mampu untuk bertahan sebelum akhirnya tumbang selepas dua minit pertarungan berlangsung pada pusingan pertama.
Dia cuba untuk membantah keputusan pengadil selepas memberikan kemenangan kepada Jojo, namun ia adalah muktamad dan kemenangan memihak atlet tempur negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram