
PERPINDAHAN pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi ke Liverpool tidak berjaya direalisasikan selepas pengurus, Oliver Glasner menghalang ia berlaku kerana kegagalan mendapatkan pengganti.
Pemain tersebut nyata kecewa kerana segala persiapan sudah dilakukan, hanya menanti detik untuk menandatangani kontrak untuk sah bergelar pemain baharu Liverpool.
Walaupun langkah terhenti pada minit akhir, mungkin ada hikmah mengapa bukan sekarang waktunya untuk ke Anfield.
BACA LAGI: [VIDEO] Dulu gigit sekarang ludah, perangai legenda Liverpool masih tak berubah
BACA LAGI: Legenda Liverpool antara 3 ikon dunia pernah semarakkan pentas Pestabola Merdeka
Misi memburu slot Piala Dunia
Akibat kegagalan perpindahan ini, Guehi tiada pilihan lain selain daripada kekal di Palace pada tahun terakhirnya di selatan London.
Namun, baki masa yang ada boleh digunakan sebaiknya untuk Guehi beraksi dengan cukup baik hinggakan namanya boleh dipanggil ke skuad England.
Guehi perlu beraksi kerap untuk namanya ada dalam skuad England.
Dengan Piala Dunia akan diadakan pada pertengahan 2026, Guehi yang kini mempunyai 23 penampilan bersama England boleh mengukuhkan tempatnya dalam skuad The Three Lions dengan satu lagi musim hebat bersama Palace.
Barang kali jika di Liverpool, Guehi mungkin mempunyai minit permainan yang terhad kerana adanya Virgil van Dijk serta Ibrahima Konate dan itu boleh menggugat kedudukannya dalam skuad England.
Harga lebih murah untuk Liverpool
Tertangguhnya perpindahan Guehi ke Liverpool mungkin akan memberikan kelebihan buat The Reds terutamanya dari segi kewangan.
Hal ini kerana, dengan kontrak Guehi akan berakhir pada 2026, nilainya akan semakin menurun.
Liverpool boleh mendapatkan Guehi secara percuma pada akhir musim.
Sebelum ia terbatal, Liverpool dan Palace setuju pada nilai £35 juta (RM198) untuk Guehi dan nilai itu susut sehingga £25 juta (RM141 juta) jika The Reds cuba mendapatkannya sekali lagi pada Januari.
Namun, jika Liverpool menunggu sehingga akhir musim mereka boleh mendapatkan Guehi secara percuma.
Situasi Konate memainkan peranan
Senario yang menimpa Guehi turut membolehkan Liverpool untuk memantau situasi Konate yang menghampiri kontraknya.
Kontrak Konate akan tamat serentak dengan Guehi dengan kelab Sepanyol, Real Madrid dilaporkan sedia mendapatkannya secara percuma.
Konate mungkin akan ke Real Madrid.
Dengan ketibaan Guehi tertangguh, ia membolehkan Liverpool fokus kepada Konate dengan harapan pemain itu akan menyambung kontraknya di Anfield.
Namun sekiranya Konate sedia meninggalkan Liverpool, Guehi pastinya dilihat sebagai pengganti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram