
SEORANG bintang golf dunia mencuri perhatian selepas berjaya melakukan trick shot dalam satu cabaran yang diciptanya.
Pemain golf dari Amerika Syarikat (AS), Bryson Dechambeau membuat cabaran di media sosialnya iaitu jika dia berjaya memasukkan bola ping pong dari tingkat bawah rumahnya ke cawan yang diletakkan pada tingkat atas, sebuah kereta mewah akan diberikan.
Kereta tersebut merupakan Bentley model Continental GT bernilai £240,000 atau RM1.3 juta.
Dalam cabaran yang dilakukan sejak Isnin, Dechambeau mengumumkan kepada pengikutnya di media sosial untuk memberikan kereta mewahnya secara percuma kepada yang bertuah.
Dia juga akan memberikan $100 (RM442) setiap kali bola ping pong itu mendarat dekat dalam zon cawan itu diletakkan.
Ketika melakukan cabaran itu, dia memerlukan 12 hari untuk berjaya melakukannya dengan percubaan ke-665 baru membuahkan hasil.
Inisiatif memberikan hadiah kereta mewahnya itu adalah hasil kerjasama antara Dechambeau dengan sebuah aplikasi AS dikenali sebagai Underdog.
Ia dapat dilihat apabila logo Underdog itu dipasang pada kereta mewah tersebut.
Dechambeau merupakan pemain golf nombor 18 dunia dengan dia menjuarai kejohanan Terbuka AS sebanyak dua kali.
Dia turut mewakili AS dalam kejohanan berprestij, Piala Ryder yang menyaksikan dia akan menentang bintang golf handalan dari Eropah seperti Rory McIlroy dan Scottie Scheffler. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram