[VIDEO] Rekod lawan The Lions jadi bukti Wilkin tutup mulut pengkritik dengan jaringan berkelas dunia


  • Podium
  • Jumaat, 05 Sep 2025

Kualiti Stuart yang bermain di posisi baharu itu membuahkan hasil apabila dia mencetak satu gol dan merekodkan satu bantuan jaringan. — Facebook/MalaysiaNT

TONGGAK tengah Malaysia, Stuart Wilkin membuktikan dia seorang pemain versatil apabila tampil menjalankan tugasnya sebagai bek sayap kanan dengan sangat baik ketika membantu Harimau Malaya memang 2-1 kepada Singapura pada Khamis.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur berkenaan menyaksikan skuad bimbingan Peter Cklamovski meneruskan momentum kemenangan hasil jaringan Stuart pada minit ke-27 dan Joao Figueredo yang gol pada separuh masa kedua.

Manakala, pasukan pelawat pula sekadar membawa pulang gol saguhati pada minit ke-71 apabila penyerang gantian, Ilhan Fandi yang menggantikan abangnya Ikhsan pada minit ke-70, menerima hantaran tandukan daripada pemain tengah Kyoga Nakamura.

BACA LAGI: FAM ‘pecat’ Perlis FA, dilarang terlibat aktiviti bola sepak

BACA LAGI: Hadirnya pemain naturalisasi tak gugat motivasi bakat tempatan, bola sepak Malaysia masih ada sinar

Tidak dinafikan Figueredo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan berikutan aksi konsistennya bermain selama 90 minit dengan sentiasa memberi tekanan kepada pertahanan skuad Singapura.

Bagaimanapun, kualiti Stuart yang bermain di posisi baharu itu membuahkan hasil dengan arkitek Sabah FC berkenaan menjaringkan satu gol dan turut merekodkan bantuan jaringan pada babak kedua perlawanan.

Gol dilabel berkelas dunia itu jelas menutup mulut beberapa penyokong yang pada awalnya mengkritik Cklamovski meletakkan Stuart sebagai bek sayap kanan dalam pertemuan menentang Singapura itu.

"Separuh masa pertama, ramai bising kepada coach (Cklamovski) letak dia (Stuart) bek kanan sayap. Sekali assist cross bola world class dia bagi. Terus senyap semua," kata penyokong bola sepak tanah air, Fudo Kattana Jr.

"Stuart Wilkin Man Of The Match (MOTM) untuk malam ini. Walaupun diletakkan di posisi rwb (right wing back) tapi Wilkin menunjukkan aksi yang begitu baik dengan menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan.

"Wilkin sentiasa score lawan Singapura," kata laman penyokong, Pencinta Bola Sepak Malaysia.

Untuk info, gol berkenaan merupakan jaringan ketiga Wilkin menentang Singapura, selepas sebelum ini turut meledak dalam kemenangan bergaya 4-1 Malaysia pada saingan Kejohanan AFF 2022.

Selepas ini, Malaysia akan menentang Palestin akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Isnin (4 September) dengan sepak mula tepat pukul 9 malam waktu tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram