Zara Qairina tidak jatuh secara sengaja atau ditolak — Pakar patologi


  • Kes
  • Rabu, 03 Sep 2025

Pakar patalogi menolak kemungkinan Zara ditolak atau jatuh secara sengaja semasa kematiannya.

PUNCA Zara Qairina Mahathir terjatuh dari tingkat tiga bangunan asramanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah bukannya kerana ditolak atau terjatuh dengan sendirinya.

Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Dr Jessie Hiu yang merupakan saksik pertama pendakwaan mengatakan sedemikian di depan Hakim Mahkamah Seksyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai koroner bagi inkues kes kematian pelajar tingkatan satu itu.

Kata Hui, adalah mustahil untuk Zara jatuh dalam kedua-dua situasi tersebut melainkan ia dilakukan secara sengaja kerana ketinggian penghadang koridor berketinggian 118 sentimeter.

BACA LAGI: Inkues Zara Qairina: Mahkamah koroner benarkan peguam remaja dituduh jadi pihak berkepentingan

BACA LAGI: Peguam wakili 5 remaja tidak dibenar ikuti prosiding inkues Zara Qairina

Sebagai perbandingan, ketinggian Zara adalah 154 sentimeter dengan ia menjadikan penghadang koridor itu berada di atas pusat gravitinya.

"Pada pendapat saya, adalah hampir mustahil bagi kanak-kanak berusia 13 tahun itu untuk terjatuh tanpa terlebih dahulu memanjat ke atas palang tepi.

"Berdasarkan ukuran, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah pagar konkrit di sepanjang koridor

"Berdasarkan ukuran, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah pagar konkrit di sepanjang koridor," kata Jessie semasa membaca kenyataan saksinya.

Terdahulu, Zara ditemui tidak sedarkan diri tanah pada 16 Julai sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram