SARA: RM192.5 juta sudah ditebus, kerajaan jamin bekalan barangan tidak terputus


  • Massa
  • Rabu, 03 Sep 2025

Orang ramai berpusu-pusu di pasar raya berhampiran untuk menebus SARA.

RAKYAT Malaysia sudah menebus sebanyak RM192.5 juta Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sudah ditebus setakat tengah malam Selasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kepadanya dengan dijangka lebih ramai rakyat Malaysia akan menebusnya pada hujung minggu ini.

Fahmi turut memberi jaminan yang bekalan barangan yang layak ditebus menggunakan SARA  mencukupi untuk semua

BACA LAGI: Kasihan penerima STR bulanan kena 'berebut' tebus SARA gara-gara MyKasih offline

BACA LAGI: Transaksi SARA naik 4 kali ganda, perbelanjaan cecah RM192.4 juta seluruh negara

Fahmi Fadzil.

"Pada waktu ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak ada memaklumkan sebarang masalah berkait dengan bekalan.

"Pemantauan akan ditingkatkan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa isu dari segi stok ataupun bekalan bagi barang-barang keperluan asas

"Pemantauan akan ditingkatkan untuk pastikan tidak berlaku apa-apa isu dari segi stok ataupun bekalan bagi barang-barang keperluan asas

"Tapi memang pihak KPDN dan juga pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pasti akan memastikan stok bekalan ayam, telur dan sebagainya adalah mencukupi," kata Fahmi pada Rabu.

Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menerima pemberian SARA secara sekali bayar (one-off) oleh kerajaan.

Akibat kesesakan pada pelayan (server) untuk melakukan transaksi, terdapat ramai yang gagal menebus SARA sekali gus terpaksa meninggalkan barang yang diambil di pasar raya.

Disebabkan itu, kerajaan meninggalkan kapasiti dengan transaksi SARA boleh dilakukan sebanyak 15,000 transaksi dalam satu-satu masa berbanding 5,000 sebelum ini. — The Star/FAZLEENA AZIZ

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram