
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan mengalami pergolakan dalam rumah tangga bersama isterinya,Nur Syazwani Mizuana Shahril.
Ia selepas gambar Faisal bersama isterinya dipadam dalam hantaran media sosial miliknya.
Dalam perkembangan terkini, isteri kepada bintang Selangor itu akhirnya membuka mulut dan mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap pemain skuad kebangsaan itu pada Selasa.
BACA LAGI: NFA tak bermakna kes serangan asid Faisal Halim tidak boleh disiasat lagi — Azalina
BACA LAGI: Malaysia banyak labur terhadap Faisal Halim, Hannah Yeoh lega siasatan diteruskan
Tangkap layar Insta Story isteri Faisal Halim.
Menerusi satu hantaran di InstaStory, Nur Syazwani meluahkan apa yang terbuku di hatinya berkenaan status rumah tangganya ketika ini dan mendedahkan bahawa dirinya pernah melalui episod penceraian sebelum ini.
"Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri. Saya yang lebih tahu kehidupan saya. Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga saya, dari susah hingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuja, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik. Bukan mudah untuk saya.
"Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini. Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya. Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat.
"Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik. Ibu saya disuruh untuk mengambil, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia," katanya.
Memetik laporan Harian Metro, Faisal dan Syazwani dikatakan menghadiri Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa untuk proses penceraian mereka.
Faisal dan Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram