[VIDEO] Pemain bawah umur 'flying kick' kiper lawan patut minta maaf, diajar semangat kesukanan sejak kecil


  • Podium
  • Selasa, 02 Sep 2025

Pemain TSSX menendang penjaga gol MUT (dalam bulatan) semasa perlawanan Milo Champions League.

BOLA sepak yang diketahui oleh kita semua adalah sukan yang menerapkan kerjasama, disiplin serta semangat kesukanan sama ada sesama rakan atau lawan.

Namun begitu, perkara tersebut kadang kala tidak diikuti dan ia menyebabkan satu-satu perlawanan bola sepak boleh berada di luar kawalan kerana kurangnya disiplin ditonjolkan para pemain.

Ia dapat dilihat menerusi sebuah perlawanan peringkat bawah umur yang menyaksikan seorang pemain bertindak luar batasan hingga menyebabkan kecederaan kepada lawannya.

BACA LAGI: Bukan beregu biasa-biasa, badminton simbol gandingan pelbagai kaum berpadu tenaga demi Malaysia

BACA LAGI: Pearly-Thinaah cipta sejarah paling bermakna buat Malaysia sempena bulan Kebangsaan

Dalam kejohanan Milo Champions League yang diadakan di Shah Alam, Selangor, pertembungan antara TSSX FC dari Johor dengan wakil Selangor, MUT FC menyaksikan insiden tidak diingini berlaku.

Semasa TSSX sedang mendahului 2-0, penjaga gol MUT menerima flying kick oleh pemain lawan selepas dia berjaya menyelamatkan percubaan.

Tendangan pemain TSSX itu jelas sekali menyebabkan kecederaan kepada penjaga gol dan pengadil terus memberikan kad merah kepadanya akibat melakukan cabaran yang berlebihan.

Tindakan pemain tersebut nyata mengecewakan ramai pihak kerana pada aksi peringkat bawah umur, dia sudah berani bertindak luar batasan.

Seeloknya, dia diajar untuk mengamalkan semangat kesukanan supaya lebih menghormati pihak lawan.

"Kena ajar dari kecil, macam ni tak betul didikannya, elok digantung dulu supaya bagi pengajaran," kata Rizal Latok.

"Panggil jurulatih dia, suruh budak tu minta maaf, ajar dari kecil apa itu semangat kesukanan. Kalau main ikut emosi baik main sendiri, jangan ada dalam pasukan," komen Adeq Abg.

"Jangan bawa masuk budaya samseng, tak ke mana bola sepak kita," ujar Nail MJ. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram