
SETIAP kelab Liga Super dibenarkan untuk mendaftarkan sejumlah besar bilangan pemain import untuk skuad mereka.
Namun begitu, terikat dengan kedudukan kewangan, ada beberapa kelab yang memilih untuk tidak menggunakan kesemua slot pemain import yang dibenarkan.
Setakat empat perlawanan liga diadakan, terdapat beberapa kelab yang meletakkan sebahagian besar pemain tempatan dalam kesebelasan utama mereka.
BACA LAGI: Kes Isak-Newcastle persis isu bintang Selangor 'merajuk' 9 tahun lalu
Penang FC
Skuad Harimau Kumbang merupakan kelab ketiga di Liga Super paling banyak menggunakan pemain tempatan dalam kesebelasan utama mereka.
Menggunakan 23 pemain setakat ini, ia adalah jumlah terbesar yang dicatatkan oleh mereka dalam empat perlawanan liga diharungi mereka.
Penang masih tercari-cari kemenangan pertama mereka dalam liga.
Ia menyaksikan Penang menggunakan 59.1 peratus anak tempatan apabila mereka turun dalam aksi liga.
Akan tetapi, ia tidak diterjemahkan kepada nota positif kerana daripada empat aksi yang diharungi, Penang hanya seri sekali dan kalah tiga kali.
Terengganu FC
Satu lagi kelab yang turut menggunakan ramai pemain tempatan dalam kebeesalan mereka adalah skuad Terengganu FC.
Kelab kendalian Badrul Afzan Razali ini menggunakan jumlah pemain lebih sedikit berbanding Penang iaitu seramai 19 orang.
Terengganu menduduki kedudukan tiga terbaik Liga Super menggunakan ramai pemain tempatan.
Jumlah tersebut menyaksikan skuad Penyu meletakkan 60.3 peratus anak tempatan dalam kesebelasan utama mereka setakat empat perlawanan.
Berbeza dengan Penang, keputusan Terengganu lebih positif apabila mereka berjaya meraih dua kemenangan, satu seri dan satu kalah untuk berada di tempat ketiga Liga Super.
Sabah FC
Musim ini menyaksikan Sabah sebagai kelab paling banyak menggunakan anak tempatan dalam skuad mereka setakat ini.
Lebih menarik, skuad Sabah menggunakan cuma 18 pemain dengan itu adalah jumlah terendah dalam kalangan 13 kelab Liga Super.
Sabah paling banyak menggunakan pemain tempatan di fasa awal Liga Super.
Sebanyak 73.1 peratus daripada skuad adalah diberikan kepada pemain tempatan di saat Sabah berdepan musim perubahan akibat perpindahan beberapa pemain import utama terdahulu.
Dari segi keputusan di padang, ia menghasilkan keputusan sederhana buat skuad Badak apabila mereka sekadar seri tiga kali dalam tiga aksi liga sudah diharungi mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram