
PERMULAAN karier bagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva dilihat tidaklah begitu mudah kerana dia berdepan kesukaran mencari rentak.
Hadir dengan jangkaan mampu menyerlah setanding pemain-pemain import JDT yang lain, Jairo bagaimana pun tidak memberikan impak didambakan penyokong apabila gagal menghasilkan gol.
Malah, tidak keterlaluan untuk sesetengah penyokong JDT berasakan yang aksi Jairo lebih mengecewakan daripada pemain import mereka musim lalu iaitu Jorge Obregon.
BACA LAGI: Benam finalis ACL2 belum cukup, 2 bintang JDT perlu 'step up' sebelum kempen ACL Elite
BACA LAGI: 'Impak segera', Safawi dan bintang Kuching City-JDT terus menggegar bersama bos baharu
Kini mempunyai dua gol dalam saingan Liga Super, ia dilihat masih belum cukup untuk menyakinkan penyokong JDT dengan aksi Jairo.
Oleh kerana itu, tidak hairan jika pemain tersebut juga mula memberikan reaksi selepas menerima kritikan oleh penyokong atas prestasinya sendiri.
Ketika menjaringkan gol kemenangan JDT semasa bertemu Kuching City 0-1 pada Ahad, Jairo dilihat melakukan keraian sambil menutup telinga dan mulutnya.
Ia seolah-olah memberikan respons kepada para pembencinya (haters) dengan Jairo tidak mendengar sebarang kritikan dan sedia mendiamkan diri sambil membiarkan kualiti penyudahnya berbicara.
Jairo setakat ini sudah menghasilkan dua gol dengan salah satunya hadir semasa perlawanan bertemu Selangor pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram