Baru sempat turun 2 kali, Hidalgo kembali ke pangkuan JDT


  • Podium
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Hidalgo dilaporkan kembali ke pangkuan Harimau Selatan selepas hanya tampil dua perlawanan bersama The City Boys musim ini. — Instagram/klcityfootball

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) kembali mendapatkan khidmat Manuel Hidalgo yang dipinjamkan ke Kuala Lumpur City FC.

Hidalgo, 25, menyertai The City Boys pada Julai lalu dengan status pinjaman daripada JDT selepas musim sebelumnya beraksi bersama Sri Pahang FC.

Namun, perjalanan kariernya di Lembah Klang tidak bertahan lama apabila pihak pengurusan KL City FC mengesahkan pemain kelahiran Argentina itu kembali ke kelab asalnya.

BACA LAGI: [VIDEO] JDT perlukan khidmat Safawi, striker kelab Borneo tundukkan kelab Singapura 7 tahun lalu

BACA LAGI: Perjalanan masih panjang, tak adil jadikan aksi berdepan NSFC penanda aras Xisco Munoz di JDT

 

 

“Ia memang satu tempoh yang singkat buat seseorang yang menjadikan setiap hari terasa begitu bermakna, terima kasih Manuel Hidalgo.

“Semoga berjaya di masa depan bersama pasukan asal, dan tolonglah jangan bermain terlalu baik apabila menentang kami nanti,” kata kelab tersebut dalam satu kenyataan.

Sepanjang dua penampilan bersama skuad Warga Kota itu, Hidalgo sempat meninggalkan impak apabila merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol.

Aksi terbaiknya hadir ketika perlawanan sulung Liga Super 2025/26 menentang pendatang baharu, Imigresen FC.

Kepulangan Hidalgo ke JDT mencetuskan spekulasi bahawa pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz, mahu memanfaatkan khidmat pemain lincah itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Teto Martin dan Enzo Lombardo yang dilaporkan berdepan masalah kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram