
MALAYSIA masih belum menerima sebarang surat rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan tarif import 300 peratus ke atas cip semikonduktor, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, kerajaan masih menunggu pengumuman rasmi daripada pentadbiran presiden AS Donald Trump.
“Buat masa ini, kami masih belum menerima keputusan rasmi, jadi kami akan tunggu,” katanya ketika ditanya media selepas melancarkan pembangunan MBW Innexus Industrial City di Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada Rabu (20 Ogos).
BACA LAGI: Tular caj RM1,016 untuk perjalanan 2.9 km, Grab respons isu gangguan sistem
BACA LAGI: Bukan hilang minat mengajar, dibebankan tugasan luar kelas buatkan guru pilih bersara awal — Pakar
Pada 15 Ogos, Trump dilaporkan berkata, beliau akan menetapkan levi ke atas semikonduktor dalam tempoh dua minggu akan datang.
Pengumuman itu seperti memberi signal terbaru terhadap usaha Trump untuk memperluas 'rejim' tarifnya.
Beliau mencadangkan caj ke atas semikonduktor yang diimport mungkin lebih tinggi, sehingga 300 peratus.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan mengumumkan nilai pelaburan yang diluluskan negara bagi suku kedua 2025 pada Jumaat ini (22 Ogos).
“Kedudukan Johor yang mendahului senarai pada suku pertama dilihat positif tetapi saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak sebelum pengumuman Jumaat ini,” tambahnya.
Johor muncul sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia bagi suku pertama tahun ini, mencatatkan RM30.1bil dalam pelaburan yang diluluskan. — The Star / YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram