
KONTROVERSI yang berlaku semasa perlawanan Liga Integriti Hilir Perak pada Khamis menyebabkan penganjur mengambil tindakan.
Dalam kejadian melibatkan Padang Tembak FC dengan Jenderata FC, pemain kedua-dua pasukan saling berbalas tumbukan di tengah padang.
Lebih teruk, pengadil turut mengalami serangan hingga menyebabkan dia turut mengalami kecederaan.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh penganjur pada Jumaat, penganjur mengambil keputusan untuk mendenda kedua-dua pasukan selepas perbuatan buruk dilakukan mereka.
"Kedua-dua pasukan dikenakan denda sebanyak RM3000. Pengurus Padang Tembak FC digantung selama lima tahun berkuatkuasa serta-merta.
"Manakala pemain kedua-dua pasukan yang terlibat dikenakan tindakan gantung selama tiga tahun berkuatkuasa serta-merta. Mereka semua boleh melakukan rayuan dalam tempoh 14 hari daripada surat dikeluarkan," kata penganjur.
Keputusan tersebut bagaimana pun tidak diterima baik oleh mereka yang mengikuti perjalanan pertandingan itu.
Bagi mereka, hukuman terlalu ringan dengan penganjur harus mengenakan tindakan lebih keras kepada mereka.
"Itu je? Untunglah, dulu siap kena banned. Sekarang mudah je buat duit," kata Abdul Razak.
"Patutnya hukuman lagi berat daripada ini. Sudahlah boleh dirayu, silap silap tak kena gantung pun," ujar Adeen Edzhar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram