ACL2: Peluang besar ke pusingan kalah mati, Selangor wajib raih 3 mata di laman sendiri


  • Podium
  • Sabtu, 16 Ogos 2025

Selangor mesti pastikan mereka berjaya ke pusingan kalah mati ACL2.

LALUAN seakan terbuka buat Selangor FC apabila mereka diletakkan dalam kumpulan seimbang bagi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Diletakkan dalam kumpulan G, Selangor diundi bersama-sama Bangkok United, Lion City Sailors dan Persib Bandung.

Di atas kertas, Selangor mempunyai peluang baik untuk mara kerana mereka berdepan kelab-kelab dari Asia Tenggara tanpa kehadiran pasukan gergasi dari Asia Timur.

BACA LAGI: ACL2: Belum tiba masanya Gergasi Merah jalan 'berkepak', mendabik dada

BACA LAGI: ACL2: Selangor diuji finalis musim lepas, anak buah Hodak dan kelab 'template' Sabah

Selangor diletakkan dalam kumpulan G untuk ACL2 musim ini.

Perkara tersebut turut diakui oleh Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Faizal Wahid yang berasakan Selangor sepatutnya tiada masalah untuk mara ke pusingan kalah mati ACL2.

"Undian ACL2 peringkat kumpulan membabitkan Selangor adalah seimbang dan Selangor akan bertembung dengan kelab dari negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Sebagai penyokong, kami yakin yang selangor akan layak ke peringkat kalah mati dan untuk tahun kedua saya berharap Selangor berjaya ke peringkat seterusnya," kata Faizal kepada Majoriti.

Melihat keseimbangan dalam kumpulan yang disertai, Faizal berpendapat kesemua tiga kelab mampu menghadirkan bahaya dan menganggu usaha Selangor untuk ke pusingan kalah mati.

Oleh itu, dia amat berharap Selangor mampu menjaga sekurang-kurangya dapat menjaga rekod di laman sendiri dengan menang kesemua perlawanan sambil mencuri mata semasa bertandang ke tempat lawan.

"Kalau nak bercakap mengenai ancaman, kesemua kelab yang berada dalam kumpulan Selangor mempunyai bahaya yang tersendiri.

"Disebabkan itu, Selangor harus memenangi kesemua perlawanan di laman sendiri dan cuba membawa sekurang-kurangnya satu mata dari aksi di tempat lawan," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram