
MASA menjadi penentu kepada tibanya penyerang sensasi Sweden, Viktor Gyokeres di Arsenal selepas pemain itu setuju menyertai The Gunners dari Sporting Club de Portugal.
Ketibaan pemain itu pastinya menjadi pembelian berprofil tinggi Arsenal, lebih-lebih dengan perkhabaran Gyokeres menolak tawaran seteru, Manchester United sebelum ke Stadium Emirates.
Gyokeres ada peluang untuk menyertai senara bintang Sweden yang menyerlah di Liga Perdana Inggeris (EPL). Sebelum ini, kita disajikan dengan beberapa bintang Sweden yang sentiasa beraksi hebat di padang.
BACA LAGI: Saya tak boleh jamin Fazly Mazlan ada tempat di Selangor — Kinoshi
Freddie Ljungberg
Jika bercakap mengenai pemain Sweden di EPL, nama Freddie Ljunberg pastinya berada dalam senarai sebagai yang terbaik dalam kalangan terbaik.
Beraksi bersama Arsenal selama sembilan tahun dari 1998 hingga 2007, Ljunberg turut menyertai West Ham United semusim selepas dilepaskan The Gunners.
Ljunberg (tengah, atas) pernah menjadi pengurus sementara Arsenal.
Ljunberg merupakan alumni skuad Arsenal yang digelar sebagai The Invincibles selepas memenangi liga dengan rekod tanpa kalah pada 2004.
Turut meraih tiga gelaran Piala FA Inggeris, sudah pasti Gyokeres berdepan tekanan tinggi untuk menyamai legasi Ljunberg di Arsenal.
Zlatan Ibrahimovic
Masanya mungkin singkat, namun legasi Zlatan Ibrahimovic di Manchester United kekal berpanjangan dalam ingatan penyokong.
Penyerang sasa Sweden itu beraksi untuk United pada 2016 hingga 2018 dan masih memberikan impak pada usia 34 tahun apabila menghadirkan fasa terindah kelab itu pasca era Sir Alex Ferguson.
Ibrahimovic menyertai United pada usia 34 tahun.
Magis Ibrahimovic menghadiahkan United gelaran Piala Liga Inggeris serta Liga Europa sambil menghasilkan gol-gol penting buat kelab yang ketika itu diuruskan oleh Jose Mourinho.
Gyokeres dijangka akan lebih lama berbanding Ibrahimovic di EPL, jadi dia mempunyai masa lebih banyak untuk mencipta impak bersama Arsenal.
Alexander Isak
Penyerang sensasi Newcastle United ini menjadi buruan dek kerana ketajamannya di depan gol.
Dengan Liverpool sedang hangat mengejarnya, ia membuktikan yang Isak sememangnya penyerang ampuh selepas mencatatkan 23 gol liga musim lalu.
Alexander Isak menjadi buruan Liverpool.
Jika Isak sah ke Liverpool, ia pasti akan mencipta perseteruan antara dua penyerang Sweden antara dia dan Gyokeres.
Tempoh pertama Gyokeres di England sebelum ini kurang menjadi. Kini, dia adalah pemain lebih matang, sudah pasti mampu menggegar dan memberi impak lebih besar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram