
KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh menjawab 80 soalan semasa memberi keterangan kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi sekitar 1.25 pagi pada Sabtu.
Keterangan yang diberikan selama dua jam itu dibuat susulan perhimpunan yang diadakannya di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.
Peguam Akmal, Aizat Azam, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memberikan kerjasama baik dan menjawab semua soalan yang diajukan oleh pegawai penyiasat.
BACA LAGI: Kes Zara: Keterangan 3 pegawai kanan polis dirakam
"Dia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata Aizat.
Ketua Pemuda Umno itu tiba di balai polis pada 11 malam untuk merakamkan keterangannya.
Akmal dikatakan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang kesnya berjalan.
Pihak polis membuka kertas siasatan mengenai video tular yang disebarkan Akmal di laman Facebooknya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram